Terms and Conditions
- Tawaran ini hanya sah untuk pelanggan baharu.
- Tawaran ini tidak boleh digabungkan dengan sebarang tawaran atau promosi lain.
- Tawaran ini terpakai kepada unit terpilih di fasiliti yang ditetapkan dan tertakluk kepada ketersediaan pada masa tempahan.
- Tarikh masuk mestilah dalam tempoh 14 hari dari pengesahan tempahan.
- Yuran pentadbiran sekali sahaja sebanyak RM30 (termasuk cukai) perlu dibayar pada atau sebelum tarikh masuk.
- Bayaran pendahuluan diperlukan. Tawaran ini adalah berdasarkan tempoh sewaan tetap selama 6 atau 12 bulan seperti dipilih semasa tempahan.
- Pelan Prabayar: Tiada deposit keselamatan diperlukan sepanjang tempoh prabayar tetap. Selepas tempoh prabayar tamat, pelanggan perlu sama ada memperbaharui pelan prabayar atau mendaftar dalam salah satu kaedah autopay berikut: Autopay Kad Kredit atau Debit Terus.
- Tanpa Autopay: Pelanggan yang tidak mendaftar dalam pelan autopay selepas tempoh prabayar tamat perlu membayar deposit keselamatan yang boleh dipulangkan bersamaan dengan satu bulan kadar sewa standard sebelum meneruskan penyimpanan.
- Diskaun promosi terpakai dari bulan pertama hingga bulan terakhir bagi tempoh tetap yang dipilih. Bulan masuk yang di kira secara prorata dianggap sebagai bulan pertama.
- Tempoh minimum penyimpanan ialah 6 bulan dan maksimum ialah 12 bulan.
- Notis bertulis sekurang-kurangnya 14 hari diperlukan sebelum tamat tempoh sewaan tetap. Selepas promosi tamat, sewaan akan diteruskan secara automatik secara bulanan pada kadar standard semasa.
- Terma dan syarat promosi adalah tertakluk kepada perubahan dengan notis munasabah jika berkenaan.
- Sekiranya berlaku pertikaian, Extra Space Asia mempunyai keputusan muktamad dalam semua perkara.
- Terma dan syarat lain adalah terpakai.
